Wednesday, March 3, 2010

HR Tips

There are only four types of officer.

  1. There are the lazy, stupid ones, they do no harm.
  2. There are the hard working intelligent ones, they makes excellent staff officers, ensuring that every detail is properly considered.
  3. There are the hard working, stupid ones, these people are a menace and must be fired at once. They create irrelevant work for everybody.
  4. There are the intelligent lazy ones, they are suited for the highest office.
General Von Manstein, on the German Officer Corps.

Tuesday, February 2, 2010

Cerita Niaga - Hj Jo Bus, Dari Operator Menjadi Jutawan

Minggu lepas ketika pulang ke utara, saya sempat bersama dengan kawan yang saya kenal sejak 1999 ketika saya mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan. Johari namanya. Ketika tahun 1999, Johari masih memandu kereta Pajero lama dan low profile walaupun dia mampu memandu kereta yang lebih baik dari itu jika dia mahu.

Johari merupakan seorang bekas operator pengeluaran kilang yang membuat kereta mainan dan dia tidak punyai apa-apa kelulusan yang tinggi. Sebelum menjadi operator kilang dia juga pernah menjadi caddy di padang golf. Keluarganya bukanlah terdiri daripada kalanmgan orang yang berada.

Sebagaimana yang diceritakan oleh kawan kepada Johari, dia berhenti kerja operator kilang apabila tidak tahan dimarahi oleh orang atasannya apabila dia terlambat masuk kerja.

Friday, January 29, 2010

Cerita Niaga - Jamaludin Lawyer

Saya kenali Jamaludin atau Jem sejak tahun 1999, ketika itu saya membantu kawan saya yang bernama Kassim di KL dalam perniagaan IT nya. Saya, Kassim dan kawan baik kepada Kassim yang juga merupakan seorang lawyer bernama Razali turun ke Utara menguruskan penyewaan sebuah kilang di Parit Buntar. Di situlah saya diperkenalkan kepada Jem yang baru habis belajar dari UM jurusan undang-undang.

Razali mengambil Jem untuk menjadi peguam bagi firma perundangannya yang mahu ditubuhkan di kawasan utara. Kali pertama saya bertemu dengan Jem, dia merupakan seorang yang lurus dan amat bersemangat untuk mempraktiskan ilmu kepeguaman yang dipelajarinya, dan bercita-cita mahu menjadi rakan kongsi firma perundangan Razali di kawasan utara.

Saturday, January 23, 2010

Johari Budak Sabah - Dulu Kerani, Kini Usahawan Berjaya


Masa zaman awal saya mula-mula berniaga dulu pada tahun 2004, saya didatangi Johari Wahit, bekas orang bawah saya ketika bekerja di Syarikat Ericsson. Saya berhenti dari Ericsson dan bekerja di syarikat DHL sebelum berhenti dari DHL dan menjadi usahawan sepenuh masa dalam perkhidmatan Pest Control.

Johari masih bekerja di Ericsson, sebuah kilang membuat telefon bimbit yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam, kali terakhir saya tinggalkan Ericsson, dia bekerja sebagai kerani jabatan perancangan di kilang itu. Selepas saya berhenti saya dengan dia masuk line production.

Tuesday, January 12, 2010

Saya Mahu Kaya - Syarat Asas


Asas utama mahu kaya ialah memastikan kita mempunyai cara pemikiran yang betul dalam berusaha dan mengawal tindakan kita. Saya akan cuba gambarkan apa yang saya maksudkan dalam cerita seperti dibawah.

Seorang kawan saya yang telah lama bekerja sendiri dan kuat berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Namun setelah amat lama berusaha kedudukan kewangan dan perniagaannya hanya cukup makan dan masih tidak nampak membuahkan hasil untuk melonjakkannya dengan lebih jauh dari segi material.

Tuesday, December 8, 2009

Mula Berniaga


Untuk memulakan perniagaan anda ada 2 perkara penting sebagai modal yang terbesar sekali yang diperlukan oleh semua orang yang berjaya.

1. Pemikiran yang positif dan kreatif.

2. Masa sebanyak 24 jam.

Sebenarnya segala impian kita dapat direalisasikan dengan 2 modal yang kita ada seperti di atas. Segalanya bermula dengan pemikiran yang positif dan kreatif. Jika kita dapat menjanakan minda kita dengan menghargai apa yang kita ada, tidak mengeluh pada apa yang kita tak ada, kita telah mendapatkan separuh dari erti kekayaan, iaitu kekayaan perasaan, mengecapi kehidupan.

Monday, November 30, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Diri Sendiri


Sebelum ini saya memberikan tumpuan kepada faktor luaran yang menghalang kita dari menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Sebenarnya tidak faktor lain yang lebih penting dari faktor dalaman pada diri sendiri yang menentukan samada kita mampu atau tidak meneruskan impian kita untuk menjadi usahawan.

Friday, November 20, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Wang


"Engkau tak pa la, duit banyak, ada modal bolehlah berniaga, aku nak niaga apa, tak ada lansung duit !".

Ayat di atas adalah lumrah alasan yang sering kita dengar apabila bersembang bersama kawan-kawan tentang berniaga. Secara umumnya alasan ini menduduki tempat teratas kepada semua orang yang ada cita-cita atau angan-angan menjadi seorang usahawan.

Wednesday, November 18, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Kawan


Selain daripada keluarga yang boleh membantutkan hasrat berniaga, satu lagi faktor yang boleh menghalang seseorang individu daripada menjadi seorang usahawan ialah kawan-kawan.

Jika kita berhasrat mahu menjadi seorang usahawan, perkara pertama dan utama sekali yang wajib kita lakukan adalah dengan memilih siapa kawan kita yang kita sering berhubungan dan berjumpa.

Saturday, November 14, 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Keluarga


Sebagai seorang usahawan kita memerlukan jiwa yang kental dalam pelayaran membina perniagaan. Kita perlu menjadi seperti ikan di laut yang tidak berubah menjadi ikan masin walaupun berada di laut yang masin selagi ia hidup. Setelah mati barulah orang boleh memasinkannya dengan dilumurkan garam.

Pengaruh sekeliling amat mencabar kita dalam membuat keputusan samada baru mahu memulakan perniagaan atau telahpun berniaga. Berikut adalah benda-benda yang perlu kita berikan perhatian.
 
Copyright 2009 Moshua Biz. Powered by Blogger Blogger Templates designed by Deluxe Templates